Di mana bumi ku pijak di situ langit ku junjung


iklan


  Assalamalaikum Malaysiaku!  , Selamat berpuasa dan Salam Aidilfitri yang menjelang esok.



  Sebut sahaja tentang Sungai Besar majoriti rakyat Malaysia akan tahu ianya terletak di dalam daerah Sabak Bernam Selangor dan amat terkenal dengan keindahan alam semulajadinya yang amat unit dan merupakan tempat yang sinonim bagi orang yang berketurunan jawa, banjar, bugis dan lain-lain.

  Pemisah antara kawasan laut dan kawasan bendang adalah jalan besar Kuala Selangor lama yang bermula dari Klang sehingga ke Pekan Sabak Bernam. Maka secara lansung  kita akan mengetahui sumber pendapatan warga Sungai Besar  adalah melibatkan sektor perikanan dan pertanian.

  Sungai Besar merupakan antara penyumbang yang menjadikan negeri Selangor sebagai pengeluar hasil padi yang tertinggi di Malaysia. Selain itu sumber makanan berasaskan laut dan pertanian amat mudah untuk dicari dan didapati.

   Disamping itu juga, Pekan Sungai Besar bukan sahaja tumpuan warga setempat tetapi turut menjadi tumpuan dan perhatian orang luar untuk datang menyinggah membeli belah mencari sumber keperluan harian seperti sumber makanan dan keperluan peribadi seperti pakaian. Hal ini dalam erti kata lain Sungai Besar ini serba serbi ada dan harga juga berpatutan.

  Mana-mana rakyat Malaysia yang belum pernah singgah dan dengar lagi tempat ini hari ini admin tunjukan this is Sungai Besar.

Jom! tonton video-video di bawah.








Admin juga merupakan anak jati Sungai Besar segalanya bermula di sini datangnya nama Sumbesor tu. Di mana bumi ku pijak di situ langit ku junjung.

#selangorku
#sumbesordihati

Sumber video : youtube

Wslm.....









        


iklan
linkwithin
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah

1 ulasan :

Dikuasakan oleh Blogger.