Kenali 7 Personaliti Lelaki


iklan


Assalamualaikum W.B.T.

Jangan menilai lelaki berdasarakan rupa dan gaya saja kerana kadangkala ia lansung tidak melambangkan personaliti mereka yang sebenar.Justeru ada baik membaca info berguna ini untuk mengenali lelaki yang mendampingi anda,baik suami teman lelaki ataupun rakan sape jabatan. Berikut 7 personaliti orang lelaki yang boleh kita kongsikan  bersama.

1. Lelaki takut komitmen
Lelaki ini punya teman istimewa namun hubungan itu belum jua diakhiri dengan pernikahan. Boleh jadi bertahun-tahun lamanya. Keinginan untuk membina sebarang ikatan rasmi tidak pernah wujud dalam diri lelaki seperti ini. Karier dan kehidupan sosialnya sering menjadi keutamaan dalam hidup.Tidak hairanlah sekiranya lelaki yang tergolong dalam kategori ini memiliki ramai teman.

2. Lelaki Rasional
Keperibadian lelaki ini tergambar menerusi penampilan luaran mereka.Semangat yang tinggi dan komited terhadap kerja memperlihatkan sikap rajin mereka itu. Ramai yang beranggapan lelaki dalam kategori ini berperwatakan serius dan sukar untuk diajak bergurau kerana sikap tekun yang wujud dalam dirinya itu.Selain itu mereka suka memendam perasaan dan kerana sikapnya itu kadangkala dia berubah menjadi seorang yang sangat pemarah. Pemikiran rasional menjadikan lelaki ini boleh diharap.Di sebalik sikapnya itu juga mungkin tersembunyi suatu perkara yang sukar untuk dijangka.

3. LelakI Konservatif
Pemikiran dan perwatakannya konservatif memperlihatkan dirinya serba sederhana. Sikapnya yang gemar memerintah dan sentiasa berfikir bahawa seseorang lelaki perlu dihormati dan disanjung.Ini akan memperlihatkan sifat egonya yang agak tinggi. Dari sudut positif yang ada pada diri individu ini mereka bijak mengatur perbelanjaannya.Selain itu mereka berfikiran matang dan bersedia memikul tanggungjawab menjadikan diri mereka bertindak sebagai pemimpin dan ketua.

4.Lelaki Hipokrit
Ego dan gemar mementingkan diri sendiri adalah sifat utama yang ada dalam diri mereka.Berlakon dan gemar berpura-pura menjadi mainan rasmi dalam hidupnya. Mereka juga gemar mengambil kesempatan atau menindas orang lain demi untuk kepentingan diri sendiri.Awas! sememangnya lelaki sebegini harus dijauhi.Sikap mereka ini membuktikan dia juga seorang penipu! Jangan mudah terpengaruh dengan rupa paras dan kemewahan yang dimilikinya.

5. Lelaki Anti Perempuan
Lelaki seperti ini akan sering memberikan kritikan terhadap golongan wanita dan beranggapan wanita sering menyusahkan dan membebankan mereka.Sikap tidak gemarkan kanak-kanak juga boleh dilihat dengan jelas dalam diri mereka.Sebaliknya mereka gemar menghabiskan masa dengan mengumpul sesuatu benda sebagai koleksi peribadi.

6.Lelaki Playboy
Mereka akan sentiasa tampil menarik dan peka terhadap perkembangan dunia fesyen semasa.Secara tidak langsung mereka bijak menggunakan kelebihan yang dimiliki untuk memenangi hati wanita yang mereka suka. Karisma yang ada dalam diri mereka sering mendapat perhatian. Malah mempunyai sifat romantis dan mulut manis. Menyentuh soal komitmen adalah isu yang paling digeruni golongan ini.

7. Lelaki Berwawasan
Biarpun dia seorang yang pendiam namun individu di sekelilingnya mudah tertarik dengannya. Lelaki sebegini sering melahirkan idea yang rasional dan logik. Fokus utama dalam hidupnya adalah kerjaya hingga ada kalanya sesetengah orang beranggapan lelaki ini terlalu mementingkan kerja dari yang lain.Dia juga pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan hidup.Kebanyakan mereka juga tidak suka terikat dengan komitmen terlalu awal.


Wahai kaum Adam bersama - sama kita fikir untuk meletakkan diri kita ditahap mana.Apa yang pasti semoga bertambah baik seiring dengan usia kita yang semakin meningkat. 

Wasalam....

iklan
linkwithin
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.