Orang Selangor wajib tahu - Siapakah Raja Lumu?


iklan



Secara dasarnya awal kewujudan Negeri Selangor adalah berada dibawah pemerintahan kerajaan Negeri Melaka pada abad ke - 15. Negeri Selangor telah menjadi rebutan diantara  kerajaan Negeri Johor , Acheh dan Siam termasuklah penjajah pada ketika itu iaitu Portugis selepas kejatuhan Melaka. 

Tahukah kita bahawa Daeng Lumu / Raja Lumu  ialah punca kerajaan awal di Kuala Selangor dan beliau juga merupakan Yang DiPertuan klang pertama. Ya beliau adalah Sultan Selangor yang pertama yang dikenali sebagai Sultan Salehuddin.Beliau merupakan putera kepada Daeng Chelak dari kerajaan Johor -Riau-Lingga dan merupakan orang Bugis. 
Sultan Negeri Perak iaitu Sultan Iskandar Zulkarnain (1752-1765)  telah menyambut utusan daripada Daeng Lumu di Kuala Bernam (kini Sabak Bernam)   sebagai pertemuan dengan baginda. Ketibaan Daeng Lumu disambut dengan penuh istiadat diraja dan mengesahkan pelantikan tersebut setelah Sultan Sulaiman I, Raja Kerajaan Johor-Riau-Lingga menolak permohonan Bugis Luwok Diraja sabagai Raja Klang. Pertabalan penuh bersejarah itu dilakukan di Pulau Pangkor pada tahun 1756. Selesai sahaja pertabalan, Raja Lumu pulang ke Kuala Selangor.
Beliau adalah Sultan Selangor yang pertama bersemayam di atas Bukit Selangor yang dikenali dengan nama "Bukit Malawati". Kemangkatan Raja Lumu meninggalkan empat orang anak, iaitu Raja Ibrahim, Raja Nala, Raja Punuh dan Raja Sharifah. Baginda juga telah melantik seorang Bugis bernama Daeng Loklok bergelar Datuk Maharaja Lela Husain. Seorang daripada anak perempuannya bernama Cik Long Halijah berkahwin dengan Raja Ibrahim, putera Raja Lumu dan juga Sultan Selangor Kedua.Sultan Sallehddin (Raja Lumu) telah memerintah dari tahun 1743 sehingga 1778.

      
Kini, Selangor seluas 7,956 km persegi dan mempunyai penduduk yang paling banyak di Malaysia. Pada 2005, Menteri Besar Selangor mengumumkan status negeri maju terhadap Negeri Selangor Darul Ehsan.
iklan
linkwithin
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.