Mengenali Ketokohan Asma' Binti Saidina Abu Bakar RA


iklan

sumbesor.blogspot.com

Boleh dikatakan tiada seorang pun wanita dalam sejarah islam yang telah menyaksikan pelbagai peristiwa sebagaimana yang disaksikan oleh Asma' binti Abu Bakar.Beliau dilahirkan 27 tahun sebelum hijrah. Usianya panjang sehingga dia meninggal dunia pada tahun 73 sesudah hijrah. Asma'telah hidup selama satu abad iaitu dari zaman jahiliah dan hinggalah ke zaman pemerintahan Bani Umaiyah.

Asma'telah melihat pelbagai peristiwa yang menjadi sejarah penting umat islam antaranya kewafatan Rasulullah SAW kemudiannya peralihan ke zaman Khulafa  Ar-Rasyidin hinggalah pemerintahan khalifah kepada keluarga Bani Umaiyah.Dicatatkan bahawa Asma'telah bersama-sama Rasulullah SAW dan banyak menolong Baginda dalam urusan penyebaran agama dan sebagainya.

Beliau mula terkenal dalam sejarah islam sejak peristiwa tali pinggangnya yang dibelah nya untuk diberikan kepada Rasulullah SAW.Atas sebab itu dia telah terkenal dengan 'Dzatinnithaqin' iaitu yang mempunyai dua belahan tali pinggang.Semasa Rasulullah SAW dan Abu Bakar mahu diperangi oleh pemuda dari kaum Quraisy juga menjadi peristiwa yang dilihat dan dialami oleh Asma' sendiri, dia dapat melihat betapa Rasulullah SAW itu sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.

Hantar makanan ke tempat persembunyian.
Pada suatu malam, Rasulullah SAW ke rumah Abu Bakar untuk memberitahunya mengenai keputusannya untuk berhijrah ke Yastrib (Madinah) dan meminta Abu Bakar bersiap sedia.Malangnya kaum Quraisy di Makkah dapat mengagak akan perancangan yang dilakukan oleh Nabi SAW dan mereka menganggap bahawa Rasulullah akan meninggalkan Makkah dan baginda mempunyai pengikutnya di luar sana.

Oleh itu puak Quraisy sudah bersiap sedia mengepung rumah Rasulullah SAW dan mahu membunuhnya tetapi perancangan manusia sentiasa tidak melebihi daripada apa yang telah dirancangkan oleh Allah SWT. Angin dingin malam yang didatangkan oleh Allah SWT telah melenakan pemuda Quraisy yang mengepung rumah Rasulullah SAW.Maka banginda dan sahabatnya dapat keluar dengan selamat dan menuju ke gunung Tsaur dan bersembunyi di situ.

Kaum Quraisy telah membentuk pasukan untuk mengejar Rasulullah SAW dan mencarinya di merata-rata tujian. Mereka telah sampai di gua itu dan mereka hampir menyingkap tempat persembunyian baginda itu.Tapi Allah SWT telah mentakaitkan labah-labah secara terus menerus datang untuk membuat sarangnya di pintu gua itu. Kemudianya datang pula seekor burung merpati lalu bertelur di jaringan labah-labah itu dan ia telah memperdayakan kaum Quraisy tersebut.

Asma'tahu di mana tempat persembunyian Rasulullah SAW dan ayahandanya itu.Setiap petang dia akan ke sana untuk menghantar makanan dan minuman. Namun begitu beliau perlu berhati-hati kerana dia sedar setiap gerak-gerinya diperhatikan oleh kaum Quraisy yang mahu mengetahui tempat persembunyian Rasulullah SAW. Ini adalah merupakan sebahagian pengorbanan Asma' puteri kepada Saidina Abu Bakar yang perlu kita ingati dalam membantu Rasulullah SAW dalam penyebaran agama islam.




iklan
linkwithin
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.